Alo semua..apa khabar..ok hari ini saya ingin share atau kongsikan pada anda tentang kebocoran yang dihantuai oleh semua penghuni rumah..bila hujan sahaja mesti tidak boelh duduk senang sebab takut-takut roboh pula ceiling rumah mereka..
ok ini kes beberapa hari yang lepas dimana tuan rumah jarang pulang kerumahnya atas sebab komitmen kerja diluar negara iaitu Dubai..fuhh, jauhnya..hee..dah rezeki dia betul tidak..hee..nak dijadikan cerita setelah dia pulang ke rumahnya, dia melihat rumah dia banjir didalam rumah..dia ingat air di tandas tidak ditutup dengan rapi tapi bila lihat diatas mendapati ceiling berlubang dan ada kesan air di atas permukaan ceiling tersebut..lalu dia mengadu pada pemaju tentang kebocoran ini..ini penting juga, kalau tidak mengadu rugi ooo bayar bulan-bulan dan warranty yang telah dijanjikan oleh pemaju..tidak lain tidak bukan pemaju pun memanggil kami untuk melihat apa yang berlaku terhadap rumah tersebut..
apabila kami sampai pertama kali kami mesti melihat rumah ini jenis apa bungalow,teres 1 tingkat, teres 2 tingkat..sebab kenapa kerana mudah untuk kami menyusun kerja..kemudian kami memastikan rumah tersebut menggunakan bumbung jenis apa..anda boleh melihat post yang telah kami paparkan iaitu jenis bumbung..jadi rumah tersebut menggunakan bumbung jenis concrete roof tiles seperti gambar dibawah..
lalu kami berjumpa dengan tuan rumah untuk melihat dimana spot air bocor itu..setelah melihat dari bawah kami sudah pasti genting rumah tersebut berkemungkinan sudah pecah atau sudah turun..lalu dengan segera kami mengambil tangga dan naik keatas rumah tersebut..dan apabila melihat dari atas keadaan bumbung adalah seperti gambar di bawah..
anda semua boleh genting tersebut telah turun kebawah daripada kedudukan asalnya..jadi betullah apa sangkaan kami apa yang menyebabkan berlaku kebocoran..jadi kite terus ke peringkat seterusnya iaitu mengesan kenapa berlaku sebegini..
apabila dilihat belakang genting tersebut, terdapat berlaku pecahan pada kunci genting tersebut yang sepatutnya kunci pada kayu bumbung..apabila kunci genting ini sudah pecah automatik genting tersebut boleh turun kebawah disebabkan oleh angin yang kuat ketika hujan..perkara ini berlaku kemungkinan semasa pemsangan genting tersebut dimana sudah berlaku keretakan pada genting tersebut yang tidak disedari oleh pekerja yang memasang pada hari tersebut..ini kerana setelah hampir 3tahun baru berlaku genting pecah..jadi sudah tahu punca dia mari kite terus ke cara penyelesaiannya..
cara penyelesaiannya amatlah mudah iaitu mencari genting yang baru..hee...senang bukan seperti gambar dibawah..
anda boleh lihat gambar diatas dimana genting tersebut sempurna sifatnya iaitu mempunyai kunci pada ekuda bumbung dan tiada keretakan..jadi kite pasang balik genting yang baik ditempat asalnya..dan tunggu hasilnya..setelah dua hari hujan yang lebat..tuan rumah tersebut tiada lagi membuat aduan tentang bumbung bocor..mission complet B-)
Selamat Duduk Di rumah Baru

No comments:
Post a Comment