Kita teruskan perkongsian pada anda semua diluar sana..Kali ini saya ingin kongsikan dimana kontraktor sendiri tidak tahu apa yang patut dilakukan lagi setelah bermacam-macam cara untuk membaiki kebocoran sebuah rumah orang SINGAPORE..
Ok..lihat gambar diatas..dimana kontraktor tersebut rumah tersebut telah melakukan pembaikan keatas scim dinding tersebut, silicone yang baru dan dinding tersebut juga telah disapu ubat water proof..tapi masalahnya masih timbul iaitu bocor..Kalau dilihat sebegini dah kira service AAA yang dibagi oleh kontraktor tersebut..tapi malangnya mereka masih salah teknik dalam membaiki kebocoran tersebut..
Pertama kali kita boleh tahu rumah tersebut menggunakan fiber dalam bumbung..fiber ini juga adalah salah satu punca air masuk kerana fiber hampir seperti span yang meresap air..jadi cara NAZATGROUP mengesan pasa masalah rumah ini adalah...
kami buka flashing rumah tersebut dan mendapati ada air bertakung di antara lapping flashing..dimana air tendang semula masuk kedalam lalu fiber meresap air tersebut dan berlaku kebocoran..Disini kami kongsikan dengan anda semua bagaimana kami menyelesaikan masalah ini dengan servis AAA dari nazzatgroup..
Demi menjaga mutu kami iaitu sekali repair pasti seumur hidup..jadi apa yang kami lakukan adalah menambah jarak flashing tersebut sebanyak 2inch secara automatiknya satu rip kami telah tutup(satu laluan air)..jadi air tidak akan lalu dibawah flashing lagi dan fiber tersebut juga tidak dapat meresap air lagi..yang paling penting adalah respoden dari tuan rumah mengatakan rumah mereka tiada berlaku kebocoran lagi..dengan sedikit perkongsian ini anda dapat memberi idea pada kontraktor renovation..jangan rumah anda diubah ikut cara mereka yang hanya mengambil keuntungan tapi tiada KUALITI..
Selamat Duduk Di rumah Baru
No comments:
Post a Comment