Alo semua..sekarang kat johor ni musim hujan..bagaimana tempat anda??..dan bagaimana pula keadaan rumah anda..banyak defect ke tidak..kalau banyak pergi kaunter pemaju kasi marah-marah kuat-kuat..bagi diorang rasa dan buat kerja..ok..arini kami mendapat panggilan dari pemaju..seperti biasala, kami as the special team for leaking memang kami la diorang cari..sebab tidak team lain yang boleh beri perkhidmatan AAA seperti kami..
Untuk pengetahuan anda, rumah yang kami pergi harini adalah sebuah rumah yang telah melakukan renovation..iaitu penambahan dapur rumah mereka..kalau ikutkan kami tidak mahu melakukannya sebab bukan tanggungjawab kami pun..kerana tuan rumah sendiri telah memanggil kontraktor luar untuk melakukan kerja-kerja penambahan..itulah silapnya, kebanyakan tuan rumah terlalu excited untuk membesarkan ruang rumah mereka tapi mereka lupa atas kesilapan yang mereka lakukan iaitu WARRANTY..benda ini amatla penting bagi mereka yang melakukan renovation pada rumah mereka..pastikan ada WARRANTY dari pihak kontraktor..jangan lengah masa lagi..sila lihat gambar di bawah
kalau dilihat dari bawah kami sudah tahu apa masalah yang dihadapi oleh tuan rumah..workmanship kontraktor tersebut amatlah poor sekali..mari kite lihat gambar seterusnya yang lebih dekat untuk membuktikan bahawa workmanship mereka amatlah teruk..
Kerja separuh jalan
Pemasangan FDiamond Cut Flashing yang salah..air bertakung dan anda boleh lihat Flashing tersebut mempunyai lubang bekas screw..
penggunaan silicone yang salah..cap ayam punya pakai..dah method cara meletak silicone..
pemasangan yang tidak rapi..
kesian kami melihat rumah tersebut yang baru 1tahun melakukan renovation dengan bayaran yang mahal terhadap kontraktor tapi ini hasil yang mereka dapat..ini namanya kontraktor cekik darah..
Kami share dengan anda cara melindungi rumah anda yang betul tanpa modal yang mahal dan pasti tiada bocor lagi untuk selamannya..jawapan ada pada gambar ini juga..
Existing protect from pemaju, menutup semua PARTY WALL tersebut
Ye..ini cara yang betul yang patut dilakukan kontraktor tersebut..kami akan mededahkan rahsia harga kontraktor tersebut..
Harga Flashing: Below RM30
Harga Silicone: Below RM10
Ini sahaja modal mereka untuk menutup party wall tersebut..tapi harga mereka letak pada tuan rumah adalah above RM1000...
Inilah rahsia dan tuan rumah patut tahu tentang serba sedikit civil work..jangan hidup anda diitipu sahaja..bukan sahaja bayaran mahal malah cara method mereka pasang pun salah..
Selamat Duduk Di rumah Baru
No comments:
Post a Comment